Wednesday 7 December 2011

Pakar Astronomi Terulung

Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman  ibn Ahmad ibn Yunus ibn Abdul A’la al-sadafi lebih dikenali sebagai Ibnu Yunus. Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang baru iaitu berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk jam dinding.


Karyannya yang lain adalah”Kitab al-Mikail” tentang kemiringan matahari. Ia juga “Kitab at-Ta’dil al-Muhkam” yang mengetengahkan tentang gerhana matahari dan bulan. Di samping itu ia juga menulis beberapa uraian mengenai daftar bayang-bayang, daftar azimuth matahari, ukuran solat yang tentu saja semua ini merupakan sumbangan besar bagi ilmu pengetahuan. Dalam buku tersebut, beliau juga memperkatakan tentang teori-teori tentang perjalanan cakerawala oleh para sarjana yang terdahulu dan sezaman dengan beliau.

No comments:

Post a Comment