Tuesday 6 December 2011

Bapa Optik Moden

 Abul Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Beliau dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.
Antara ujikaji yang dijalankan ialah penyebaran cahaya dan warna, pantulan dan ilusi optik. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya. Pengaruh beliau secara umum terhadap sains fizikal dan khususnya optik, amat disanjungi dan ideanya melambangkan ilmu era baru dalam penyelidikan teoritikal dan ujikaji optikal.







No comments:

Post a Comment