Monday, 5 December 2011

Islam dan Sains




Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, sungguh terdapat ayat-ayat (tanda-tanda) bagi ‘ulul-albab’ (ahli fikir).(Q.S Ali Imran :190) 

 (Iaitu) orang yang mengingati Allah semasa berdiri, duduk dan berbaring dan mereka bertafakur (memikirkan dengan mendalam) tentang penciptaan langit dan bumi (lalu mereka mengucapkan): “Rabbana (wahai Tuhan kami)! Engkau (Allah) tidak jadikan (semua) ini dengan sia-sia. Subhanaka (Maha Suci Engkau/Allah)! Lindungilah kami daripada azab neraka.” (Q.S Ali Imran :190)

Al-Quran dan Sains

Kincir Air dan Angin di Sijistan

 Abul Hasan Ali Al-Masu'di dilahirkan pada dekad akhir kurun ke-9 mereupakan seorang pakar geografi dan sejarah. Beliau merupakan penulis pertama yang membuka minda tentang kincir air dan angin yang akhirnya dicipta oleh orang Islam di Sijistan. 


Orang Islam telah melopori teknologi mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah kincir angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian. Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda pada ketika itu.