Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman ibn Ahmad ibn Yunus ibn Abdul A’la al-sadafi lebih dikenali sebagai Ibnu Yunus. Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang baru iaitu berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk jam dinding.
Karyannya yang lain adalah”Kitab al-Mikail” tentang kemiringan matahari. Ia juga “Kitab at-Ta’dil al-Muhkam” yang mengetengahkan tentang gerhana matahari dan bulan. Di samping itu ia juga menulis beberapa uraian mengenai daftar bayang-bayang, daftar azimuth matahari, ukuran solat yang tentu saja semua ini merupakan sumbangan besar bagi ilmu pengetahuan. Dalam buku tersebut, beliau juga memperkatakan tentang teori-teori tentang perjalanan cakerawala oleh para sarjana yang terdahulu dan sezaman dengan beliau.
Showing posts with label tokoh islam. Show all posts
Showing posts with label tokoh islam. Show all posts
Wednesday, 7 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
Bapa Optik Moden
Abul Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Beliau dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.
Antara ujikaji yang dijalankan ialah penyebaran cahaya dan warna, pantulan dan ilusi optik. Beliau menghabiskan banyak masa dengan teori pelbagai fenomena fizikal seperti pelangi, bayang-bayang, gerhana matahari dan ramalan mengenai keadaan fizikal cahaya. Pengaruh beliau secara umum terhadap sains fizikal dan khususnya optik, amat disanjungi dan ideanya melambangkan ilmu era baru dalam penyelidikan teoritikal dan ujikaji optikal.

Monday, 5 December 2011
Kincir Air dan Angin di Sijistan
Abul Hasan Ali Al-Masu'di dilahirkan pada dekad akhir kurun ke-9 mereupakan seorang pakar geografi dan sejarah. Beliau merupakan penulis pertama yang membuka minda tentang kincir air dan angin yang akhirnya dicipta oleh orang Islam di Sijistan.
Orang Islam telah melopori teknologi mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah kincir angin. Kincir angin digunakan untuk mengepam air di dalam pertanian. Teknologi mendapatkan air dan angin telah mendapat perhatian di seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa revolusi Perindustrian di Eropah. Satu kincir angin boleh mengeluarkan lebih kurang lima hingga sepuluh kuasa kuda pada ketika itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)